Jemputan Ke Majlis Sambutan Aidilfitri - Perguruan Gerak Sejati 2012

Jawatankuasa Perguruan Gerak Sejati dan Guru Utama, Ustaz Nazri menjemput semua ahli ke majlis sambutan Aidilfitri Perguruan Gerak Sejati 2012.

Tarikh: 8 September 2012
Hari: Sabtu
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Sate Kajang Haji Samuri, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
GPS: N 02°59.618' E 101°47.188'


Semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, akan menyerikan lagi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Kepada ahli yang ingin menyumbangkan juadah tambahan atau kuih raya amatlah dialu-alukan.


View Larger Map

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2012

Kepada Semua Ahli Perguruan Gerak Sejati Malaysia, diucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Maaf Zahir Dan Batin. Semoga semua mendapat keberkatan berpanjangan dari Nur Ramadhan al Mubarak pada tahun ini. Ameen Yaa Robbal 'Alameen. dari: Hj. Nazri (Guru Utama) Sekeluarga 16/08/2012

Klik untuk paparan Kad Raya.

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Perguruan Gerak Sejati Malaysia untuk tahun 2012 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 7 Julai 2012 (Sabtu)
> Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan latan Biru, Seksyen 8, Kota Damansara.

Semua ahli-ahli dijemput hadir dan kehadiran tuan-puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam

Presiden
Perguruan Gerak Sejati Malaysia
Tuan Zamzuri Zahari
016- 2943053

Kursus Gerak Dan Imbasan (Scan)

Kursus Gerak dan Imbasan (Scan) telah diadakan pada 28hb Januari 2012 bersamaan 4 Rabiul Awwal 1422H bertempat di Nur Lembah Pangsun Resort, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan.

Klik untuk maklumat lanjut.